Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Pulau Pinang(PPAMPP) adalah merupakan sebuah pusat berkonsepkan kebajikan yang menanungi seramai 40 anak yatim, fakir miskin, remaja insaf, anak broken family, sukarelawan sepenuh masa dan asnaf zakat. Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang bernombor pendaftaran PPM-017-07-31102013 berdaftar dibawah Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia pada 31 Oktober 2013. Beroperasi di dua lokasi iaitu di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh dan di Kampung Bagan Buaya, Changkat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Permata Al-mahabbah bermatlamat tinggi untuk melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan aman harmoni, yang mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Yang didalamnya terjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin iaitu dengan menjadikan kebajikan sebagai satu agenda utama masyarakat untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.
Golongan kaya perlu berperanan penting di tengah masyarakat dengan tuntutan keperluan manusia yang asasi. Merekalah agen pembangunan bagi masyarakat yang aman damai dan harmoni. Orang kaya berfungsi sebagai “bank kepada masyarakat” dan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah orang-orang miskin dan memerlukan.Oleh kerana dari sifat-sifat pemurah terutamanya dari- pada orang-orang kaya dan berada, masyarakat islam akan terbela. Masyarakat is
