Thursday, December 19, 2013

Majlis Makan Amal (makan sambil beramal) - 29 Disember 2013 (ahad)

Assalmualaikum w.b.t


Assalamualaikum w.b.t

Ybhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN PUSAT KEBAJIKAN DAN LATIHAN (PENTERNAKAN & PERTANIAN) PERTUBUHAN PERMATA AL-MAHABBAH NEGERI PULAU PINANG.


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang adalah merupakan pusat kebajikan dan latihan kemahiran yang menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat yang didaftarkan pada 31 Oktober 2013. Di dalam Pertubuhan Permata Al-Mahabbbah Negeri Pulau Pinang ini ada sebanyak 2 buah rumah amal yang bernaung di bawahnya iaitu Pusat Jagaan Permata Kasih dan Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah yang setakat ini mempunyai seramai 40 orang anak-anak yang berumur antara 6 hingga 16 tahun. Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang adalah di bawah naungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM).

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon derma atau sumbangan dari pihak Y.Bhg Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama kami menjayakan Pusat Kebajikan dan Latihan (Penternakan dan Pertanian) tersebut. Juga tujuan untuk mengumpul dana, dibuat makan amal dengan jualan meja yang bernilai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 bagi membantu menggerakkan aktiviti Pusat Kebajikan dan Latihan Kemahiran dan sebagai persiapan untuk persekolahan anak-anak bagi tahun 2014. 
Berikut adalah maklumat program jualan meja yang diadakan bagi tujuan di atas

Tarikh : 29 Disember 201
Tempat : Dataran, Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah
3390, Bagan Berkat, Bagan Buaya, Changkat, 14300, Nibong Tebal, P.Pinang
Masa : 10.00pg – 12.30tghhari

Berikut adalah harga jualan meja yang kami tawarkan untuk sumbangan seperti berikut:
  1. RM3000 - 3 Meja (VIP)
  2. RM2000 - 5 Meja
  3. RM1000 - 12 Meja

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK majlis :
  1. En. Wan Shahrun Wan Nasir : 0186650541
  2. En. Nasaie Muhid : 0175577536
  3. Subiha Safar : 013-5038343

untuk sumbangan RM1000 ke atas melayakkan untuk mendapat resit pelepasan cukai pendapatan.
(atas permintaan)
No. Rujukan LHDN : LHDN 01/35/42.51/179-6.3642

Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,


…………………………………………….
(Wan Md. Shahrun Bin Wan Md. Nasir)
Setiausaha Penganjur
Majlis Perasmian Pusat Kebajikan dan Latihan (Penternakan dan Pertanian)
Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang