Friday, November 11, 2011

Memerlukan Sumbangan Van atau Kenderaan

Kepada mereka yang bermurah hati dan jika tuan/puan tahu sesiapa yang bermurah hati bolehlah beritahu bahawa pihak Rumah Permata Kasih memerlukan sumbangan kenderaan seperti van panjang bagi pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah, program-program luar, jemputan-jemputan dan program rehlah. Untuk pengetahuan tuan dan puan van yang ada sekarang telah uzur dan tak sesuai untuk perjalanan jauh. Buat masa ini pihak kami terpaksa menyewa van untuk ke program-program luar dan kos sewa sangatlah tinggi.
"Sumbangan Anda Membantu Menggerakkan Aktiviti Kami"