PENGENALAN
Rumah Permata Kasih adalah sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada bulan Mei 2010 dan didaftarkan atas nama pendaftaran Pusat Jagaan Permata Kasih bernombor pendaftaran PG0264315-K. Rumah ini menempatkan seramai 25 orang anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat(asnaf zakat).
Rumah permata kasih bermatlamat tinggi untuk melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan aman harmoni, yang mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Yang didalamnya terjalin hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin iaitu dengan menjadikan kebajikan sebagai satu agenda utama masyarakat untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.
Golongan kaya perlu berperanan penting di tengah masyarakat dengan tuntutan keperluan manusia yang asasi. Merekalah agen pembangunan bagi masyarakat yang aman damai dan harmoni. Orang kaya berfungsi sebagai “bank kepada masyarakat” dan mereka mampu untuk menyelesaikan masalah orang-orang miskin dan memerlukan.Oleh kerana dari sifat-sifat pemurah terutamanya dari- pada orang-orang kaya dan berada, masyarakat islam akan terbela. Masyarakat islam cepat maju, kasih sayang terjalin sesama insan. Hubungan dengan yang kaya dan yang miskin rapat, tiada jurang perbezaan sesama insan dan tiada lagi jenayah serta gejala sosial yang berlaku akibat dari tekanan dan kesusahan hidup. Akhirnya wujudlah perpaduan dan kerjasama, masalah dalam masyarakat dapat diselesaikan kesan dari pemurahnya orang kaya dan kesan daripada tawadhuknya mereka. Inilah masyarakat yang sangat diidam-idamkan oleh semua bangsa dan agama.